.

Kamis, 20 Juni 2013

7 Maratibul Amal

Sebelumnya kita lihat dulu video ini



Maratibul Amal tu ape ya??




Maratibul Amal adalah suatu tertib perjuangan ataupun suatu garis panduan bagi para pejuang agama Allah yang berpaksikan dengan situasi dan suasana yang telah dilalui oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda. Maratibul Amal ini telah disusun oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.
Ape dia ketujuh-tujuh Maratibul Amal??




1. Fardhu Muslim (Individu Muslim)

Merupakan proses pembentukan dan penambahbaikkan diri seseorang individu ke arah meraih mardho-tillah (keredhaan Allah) yang berpaksikan kepada 10 Muwasafat Tarbiyah.




2. Baitul Muslim (Rumahtangga Muslim)Merupakan cara pembentukan rumahtangga yang musleh dan sakinah dengan membimbing anggota keluarga mengikut cara hidup Islam. 



3. Mujtamak Muslim (Masyarakat Muslim)Merupakan langkah penyebaran Islam kepada seluruh lapisan masyarakat dengan menyampaikan Amal Ma'ruf dan Nahi Mungkar (menyeru kepada kebaikan dan menghalang kepada keburukan).



4. Hukumah Islamiyah(Kerajaan Islam)
Merupakan pembetukan kerajaan Islam yang bebas dari kuasa dan pengaruh asing yang tidak berlandaskan ajaran Islam.


    
5. Daulah Islamiyah (Empayar Islam)Merupakan perlaksanaan keadilan dan kemaslahatan umat Islam dengan menjalankan tanggungjawab dan memberikhidmat untuk kebaikan umat Islam. 



6. Khilafah Islamiyah (Khalifah Islam)
Merupakan proses kesatuan umat demi mengembalikan sistem pemerintahan khalifah ke dalam dunia Islam yang pernah menjadi faktor kepada zaman kecemerlangan umat Islam.




7. Ustaziatul-Alam (Guru Dunia)
Merupakan pelaksanaan terakhir iaitu apabila Islam dimartabatkan oleh dunia dengan menjadi pemimpin dan juga contoh kepada dunia. 



Tidak ada komentar:

Posting Komentar