بسم الله الحرمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاتة
Wahai
sahabatku Muslimah….ana ingin mengajak kalian utk merenungi kisah ini
seketika sbg panduan buat kita bersama….kerana kalian adalah saudara
seaqidah dgn ana…dan ana menyayangi kalian krn ALLAH…
Mari
kita sama2 renungkan satu peristiwa yang telah disaksikan oleh
Rasulullah SAW semasa dalam perjalan Isra’ Mi’raj sebagai iktibar kita
bersama.
Golongan perempuan yang diseksa dalam neraka “Abdullah Bin Masud r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
“Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah s.w.t. mencatat baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang surya akan memintakan ampunan baginya, dan Allah s.w.t. mengangkat seribu darjat untuknya.”
(H.R. ABU MANSUR DIDALAM KITAB MASNADIL FIRDAUS)
“Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah s.w.t. mencatat baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang surya akan memintakan ampunan baginya, dan Allah s.w.t. mengangkat seribu darjat untuknya.”
(H.R. ABU MANSUR DIDALAM KITAB MASNADIL FIRDAUS)
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut : Saya bersama-sama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah, maka kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada baginda: “Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Pada malam aku di Isra'kan ke langit, aku melihat orang-orang yang sedang mengalami penyiksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis.”
Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah apakah engkau lihat?” Baginda bersabda:
1. Aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak.
2.
Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya serta tangan terikat
kebelakang dan Qathan (air yang menggelegak) dicurahkan/dituangkan ke
dlm halkumnya.
3.
Aku lihat perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari balik
punggungnya, sedang air getah kayu Zakum dituangkan ke kerongkongnya.
4. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya diikat, tangannya ke arah ubun-ubunnya dan disuakan dengan ular dan kala.
5. Aku lihat perempuan memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api.
6. Aku lihat perempuan yang memotong tubuhnya dengan gunting daripada api neraka.
7. Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
8.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisi
kedalam peti yang diperbuat daripada neraka, otaknya keluar dari lubang
hidungnya, badannya berbau busuk kerana berpenyakit sopak dan kusta.
9. Aku lihat perempuan kepalanya seperti babi, badannya seperti keldai, beribu-ribu kesengsaraan yg dirasainya.
10.
Aku lihat perempuan rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke
kemaluannya atau kemulutnya dan keluar di duburnya, malaikat memukul
kepalanya dengan corong daripada api neraka.
Fatimah
berdiri dan bertanya kepada ayahnya. "Ayahanda yang dikasihi,
ceritakanlah kepada anakanda apakah kesalahan yang dilakukan
perempuan-perempuan itu?
Rasulullah SAW menjawab:
1.
Adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah, perempuan yang
tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang bukan mahramnya.
2.
Perempuan yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan
lidahkan untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya.
Kemudian
Rasulullah S.A.W. bersabda : “Perempuan yang menyakiti hati suaminya
melalui kata-kata akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat selebar
tujuh puluh dzira kemudian akan mengikatkannya dibelakang lehernya.”
3. Adapun perempuan yang digantung dengan buah dadanya, kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
4.
Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang
keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat keizinan suaminya dan tidak
mahu mandi suci daripada haid dan nifas.
5.
Adapun perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah ia berhias
untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang.
6.
Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ia
memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya
kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain.
7.
Perempuan diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arah ubun-ubun
dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh solat dan berpuasa,
tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang, juga tidak mahu mandi
janabah.
8. Perempuan yang kepalanya itu seperti kepala babi dan badannya berupa keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta.
9. Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Dalam
sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda : empat jenis wanita yang
berada di syurga dan empat jenis wanita yang berada di neraka dan
baginda menyebutnya di antara empat jenis perempuan yang berada di
syurga adalah :
1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.
2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam kehidupan) bersama suaminya.
3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.
4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak sedia berkahwin kerana khuatir anak-anaknya akan sia-sia (terlantar).
Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda : Dan adapun empat jenis wanita yang berada di neraka adalah :
1.
Perempuan yang buruk (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya
pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminnya datang ia
memakinya (memarahinya).
2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang ia tidak mampu.
3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik perhatian kaum lelaki).
Mereka adalah wanita-wanita yang hobi menampakkan perhiasan mereka, padahal Allah SWT telah melarang hal ini dalam firman-Nya yg bermaksud :
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan-perhiasan mereka.”
(QS. An Nur : 31)
4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada Allah, Rasul dan suaminya.
Oleh
kerana itu seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat (empat)
ini, maka ia dilaknat termasuk ahli neraka kecuali jika ia bertaubat.
Diceritakan dari isteri Khumaid As-sa-idiy bahawa ia datang kepada
Rasulullah S.A.W. lalu berkata : “Hai Rasulullah sesungguhnya aku senang
mengerjakan solat bersamamu”. Baginda berkata : “Aku mengerti bahawa
engkau senang mengerjakan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di tempat
tidurmu itu lebih baik dari pada solatmu dikamarmu dan sholatmu
dikamarmu lebih baik dari solatmu dirumahmu dan solatmu dirumahmu lebih
baik daripada solatmu di masjidku”. (Bagi lelaki sangat dituntut
sembahyang berjemaah di masjid)
Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya yang lebih disukai solatnya perempuan oleh Allah ialah yang dilakukan pada tempat yang amat gelap dirumahnya”.
Diceritakan
dari Aisyah r.a. : “Pada suatu ketika Rasulullah S.A.W. duduk di
masjid, tiba-tiba masuklah seorang perempuan dari suku Muzainah yang
memakai pakaian yang terseret-seret ditanah untuk perhiasan pada dirinya
di dalam masjid”. Maka Rasulullah S.A.W. bersabda : “Wahai suami
laranglah isteri-isterimu dari memakai perhiasan dan memperindah gaya
berjalan di dalam masjid. Kerana sesungguhnya kaum Bani Israil itu
dilaknat hingga mereka memberi pakaian isteri-isteri mereka dengan
pakaian perhiasan dan mereka berjalan dengan gaya sombong di dalam
masjid”.
Ibnu
Abas r.a. meriwayatkan juga bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda : “Apabila
seorang wanita keluar rumahnya dengan mempesolek dirinya serta memakai
bau-bauan (sedang suaminya redha akan berbuatan yang demikian itu), maka
dibangunkan untuk suaminya pada setiap langkahnya sebuah rumah di
neraka.”
Sabda Rasulullah S.A.W. lagi yang bermaksud :
“Jihad seorang wanita ialah taatkan suami dan menghiaskan diri untuknya.”
“Jihad seorang wanita ialah taatkan suami dan menghiaskan diri untuknya.”
Isteri tidak wajib taat perintah dan arahan suami, apabila perintah dan arahan itu bertentangan dengan hukum Allah S.W.T.
Imam
Al-Ghazali menegaskan : “Seorang isteri wajib mentaati suami sepenuhnya
dan memenuhi segala tuntutan suami dari dirinya sekiranya tuntutan itu
tidak mengandungi maksiat.”
Kengerian Neraka...huhu..
Allah SWT berfirman yg bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
(QS. At Tahrim : 6)
Imam Ath Thabari rahimahullah menyatakan di dalam tafsirnya : “Ajarkanlah kepada keluargamu amalan ketaatan yang dapat menjaga diri mereka dari neraka.”
Ibnu Abbas radliyallahu anhu juga mengomentari ayat ini : “Beramallah kalian dengan ketaatan kepada Allah, takutlah kalian untuk bermaksiat kepada-Nya dan perintahkan keluarga kalian untuk berzikir, nescaya Allah menyelamatkan kalian dari neraka.”
Dan masih banyak tafsir para shahabat dan ulama lainnya yang menganjurkan kita untuk menjaga diri dan keluarga dari neraka dengan mengerjakan amalan solih dan menjauhi maksiat kepada Allah SWT.
“Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
(QS. At Tahrim : 6)
Imam Ath Thabari rahimahullah menyatakan di dalam tafsirnya : “Ajarkanlah kepada keluargamu amalan ketaatan yang dapat menjaga diri mereka dari neraka.”
Ibnu Abbas radliyallahu anhu juga mengomentari ayat ini : “Beramallah kalian dengan ketaatan kepada Allah, takutlah kalian untuk bermaksiat kepada-Nya dan perintahkan keluarga kalian untuk berzikir, nescaya Allah menyelamatkan kalian dari neraka.”
Dan masih banyak tafsir para shahabat dan ulama lainnya yang menganjurkan kita untuk menjaga diri dan keluarga dari neraka dengan mengerjakan amalan solih dan menjauhi maksiat kepada Allah SWT.
Di dalam surat lainnya Allah SWT berfirman yg bermaksud:
“Peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang kafir." (QS. Al-Baqarah: 24)
Begitu pula dengan ayat-ayat lainnya yang juga menjelaskan keadaan neraka dan perintah untuk menjaga diri daripadanya.
Kedahsyatan dan kengerian neraka juga dinyatakan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam di dalam hadits yang shahih dari Abu Hurairah radliyallahu anhu bahwasanya beliau bersabda :
“Api kalian yang dinyalakan oleh anak cucu Adam ini hanyalah satu bagian dari 70 bagian neraka Jahanam.” ( Shahihul Jami)
Jikalau api dunia saja dapat menghanguskan tubuh kita, bagaimana dengan api neraka yang panasnya 69 kali lipat dibanding panas api dunia? Semoga Allah SWT menyelamatkan kita dari api neraka....aamiinnn....
**********************************************************************************
Wahai sahabatku… Muslimah..
Apabila kamu berkawan dengan lelaki, ingatlah ada dua pilihan terbentang:
PERTAMA, kamu jadi seperti KELAPA, mudah diperoleh, diparut,diperah, diambil santannya, lepas itu hampasnya dibuang...
KEDUA, Kamu menjadi sebutir MUTIARA, berada di dasar lautan, tersimpan rapi, dilindungi kulit, bukan senang nak lihat, apa lagi mendapatkannya, hanya orang yang bertuah dapat memperolehnya.
Ingatlah
ciri2 wanita solehah ialah dia tidak memandang lelaki dan lelaki tidak
melihat kepadanya. Sesuatu yg tertutup ini lbh berharga jika
dibandingkan dgn sesuatu yg terdedah. Umpan sebutir permata yg
didedahkan untuk perhatian umum dgn sesuatu permata yg diletakkan di
dalam bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat utk
melihat sesuatu yg tersembunyi melebihi sesuatu yg terdedah...♥♥
Apa tunggu lagi, jom tutup aurat!!!!!
WALLAHU ‘AKLAM BISSOWAF….
http://nurmujahiddahsolehah.blogspot.com/2011/11/kenapa-wanita-ramai-dlm-neraka.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar