.

Minggu, 30 Oktober 2011

Cara Bangkit dari Kegagalan



Persoalan tentang aspek kegagalan. Di sini diperkenalkan 5 Teknik Bangkit dari Kegagalan 

a. Mulakan dengan preview gol asal.

Melihat kembali gol asal adalah satu langkah bijak dalam kebangkitan menuju kejayaan. Kadangkala kita putus asa kerana gol kita tidak jelas dan tepat. Kalau anda inginkan kegembiraan, sekiranya anda mencapai kejayaan dengan mendapat duit sebanyak RM1 Juta, anda tidak akan mencapai kejayaan kerana gol anda hanyalah satu juta, dan anda tidak mempunyai gol yang jelas Contohnya,
saya ada satu cerita kisah seorang budak. Apabila seorang pemuda didatangi kepadanya seorang budak, budak tersebut meminta belas kasihan untuk mendapatkan makanan. Apabila pemuda tersebut yang sedang makan memberi duit sebanyak RM10 kepada budak tersebut, budak tersebut tidak mengambilnya. Pemuda tersebut hairan dan bertanya “kenapa tidak mahu mengambil duit tersebut?”. Jawapan budak tersebut ringkas “Saya bukan hendak duit tetapi saya hendak makan kerana saya dah banyak hari tak makan”. Tanpa berfikir panjang, pemuda tersebut membelikan nasi dan memberi kepada budak tersebut dan budak tersebut pun berjalan meninggalkan pemuda tersebut. Pemuda tersebut kehairanan. Ini adalah satu cerita yang jelas apa itu gol sebenarnya. Bagi budak tersebut, duit bukanlah segala-galanya. Tetapi, bagi pemuda tersebut, dengan memberi duit segalanya akan selesai. Situasi ini adalah satu jalan cerita yang ringkas berkenaan gol kita. Saya juga kadangkala banyak berfikir dan belajar dengan cerita ini (Hehe,, menjadi pemikir pulak).

b. Beri makna kepada kegagalan.

Ini adalah salah satu teknik dalam merungkai kegagalan dalam HIDUP. Apabila kita berhadapan dengan kegagalan, selalunya kita berkata “kegagalan ini adalah sesuatu yang mencabar aku”. Kadangkala kita putus asa dengan usaha yang kita lakukan. Apa yang kita beri makna kepada kegagalan sebagai cabaran adalah baik, tetapi sekiranya kita memberi makna yang jelas adalah sesuatu yang paling tepat. Apa yang saya maksudkan dengan maksud yang tepat adalah memberi maksud yang jelas kepada kegagalan. Berilah maksud kegagalan anda sebagai “anda perlu belajar dengan kegagalan tersebut”. Apabila anda menghadapi kegagalan katakan aku perlu belajar dengan kegagalan ini. Katakan berulang-ulang sehingga menjadi habit anda. Jadikan kegagalan sebagai sahabat yang tak berapa baik tetapi anda perlu belajar daripada sahabat tersebut. Kadangkala kita jarang mengambil tahu tentang kepentingan kegagalan dalam tiap keadaan.

c. Memperbanyakkan pemikiran yang berfokus apa yang dikehendaki sahaja tiap masa bukan memperbanyakkan pemikiran ketidakupayaan dan kegagalan.

Kadangkala apabila kita fokus kepada sesuatu yang tidak dikehendaki, itulah yang kita akan dapat. Sedarkah anda apabila anda hendak melakukan sesuatu bila dalam keadaan emosi yang kucar-kacir selalunya akan menemui kegagalan? Saya sering menghadapi situasi ini. Saya seringkali mendapati apabila mencari kunci (terutamanya pagi Isnin; esok…hehe), apabila kelam kabut, kunci di depan mata pun tak nampak. Inilah dinamakan kuasa fokus. Kuasa fokus sebenarnya kuasa paling hebat kalau kita gunakan sebaik mungkin. Apa kita bolah buat adalah dengan memulakan sesuatu dengan minda positif. Katakan “aku boleh”, bersyukur dengan apa yang ada dengan menyatakan “aku bersyukur diberi peluang untuk memperbaiki apa yang belum dicapai”.

d. Belajar dari tiap inci kegagalan.

Tiap orang-orang yang berjaya adalah pelajar yang baik, dan pemimpin adalah pembaca yang baik. Mereka banyak membaca. Kalau anda faham betul-betul apa itu pelajar, apa itu pembaca dan apa itu membaca, dan anda membina habit tersebut, anda telahpun mempunyai satu skil yang terpenting dalam hidup anda . Anda mestilah mempunyai skil ini dari masa ke semasa. Banyak faktor kejayaan dalam sesuatu bidang, umpamanya peluang, idea yang baik, tekun, rajin dan banyak lagi, tetapi hakikat yang terbaik adalah menjadi pelajar terbaik adalah paling penting. Apa yang saya maksudkan dengan menjadi pelajar? Mungkin ada yang tertanya-tanya apa maksud si Zaini berkata sedemikian? Saya maksudkan pelajar yang terbaik adalah pertamanya aplikasikan apa yang dipelajari dalam tiap hari dan masa. Dan yang paling penting adalah belajar dari kegagalan.

Ada orang boleh mendapat kejayaan dalam bidang pelajaran sampai tahap tertinggi, tetapi jarang sekali saya lihat orang yang begitu rajin belajar dengan kegagalan. Jadi, marilah kita menjadi pelajar dalam subjek Pengenalan Kepada Kegagalan (Saja-saja reka je ni). Kegagalan macam mana pula? Kegagalan dalam kehidupan seharian. Kadangkala kegagalan membuka satu peluang kepada kita untuk menjadi yang terbaik.

Mempelajari kejayaan adalah satu hukum alam yang nyata. Kalau anda biasa berhadapan dengan masalah terhebat di dalam hidup anda, saya pasti anda akan menjadi terhebat apabila anda tahu dan mengambil peluang untuk mempelajari dari kegagalan anda. Bagi saya, adalah lebih baik mempelajari kegagalan dengan intensif daripada mempelajari kegagalan secara membuta tuli. Maksud saya adalah anda mengkaji tiap kegagalan anda setiap hari dan anda tidak mengulanginya lagi. Yang paling penting adalah anda tidak mengulangi. Ini adalah rahsia kebangkitan sebenarnya. Kadangkala kita perlu mempelajari kegagalan melebihi masa mempelajari kejayaan. Mungkin ada yang setuju dan ada yang tidak setuju.

e. Kegagalan bukan bermaksud satu noktah kepada anda tetapi hanyalah maklumbalas atas tindakan anda.

Kegagalan seringkali terjadi apabila anda membuat sesuatu yang jarang anda biasa. Ini adalah satu kebiasaan, kerana apabila anda inginkan sesuatu kelainan, otak anda akan keliru kerana selalunya anda membuat sesuatu yang biasa, tetapi anda mengambil tindakan sebaliknya. Apabila anda inginkan kejayaan, andalah musuh utama dalam kebangkitan menjadi baik dan terbaik dari semalam.

Selalunya apabila anda menuju kejayaan, seringkali anda akan berkata kepada diri anda bermacam-macam idea dan komen. Selalunya 99% apa yang anda kata kepada diri anda adalah negatif. Apa anda perlu buat teruskan menuju ke depan dan ketakan anda pasti akan berjaya dan kegagalan adalah maklumbalas kepada tindakan anda menuju kejayaan. Dalam HIDUP tiada istilah kegagalan tetapi dikatakan “Kagagalan hanyalah maklumbalas”.
http://wyna95nubies.blogspot.com
 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar