.

Rabu, 16 November 2011

Bagaimana Nak Menulis Surat Cinta?















Pakar Cinta ada tips tak bagaimana caranya nak menulis surat cinta? Walaupun cara ini nampak agak ‘kuno’ dan ketinggalan zaman, tetapi saya ingin melakukan sesuatu kelainan untuk si dia. Semoga si dia gembira dan terharu dengan surat yang saya kirimkan nanti.

Jawapan:
Seiring dengan perkembangan zaman globalisasi kini, menulis surat cinta dalam sehelai kertas merupakan cara klasik yang diamalkan oleh masyaralar zaman dahulu sekitar 80-an. Pada masa ini ,teknologi SMS belum berkembang sepenuhnya di Malaysia. Jadi pada masa inilah kertas digunakan untuk menyampaikan pesan kepada orang yang anda sayang.


Sebenarnya, teknologi sekarang seperti emel dan SMS dan seumpamanya lebih praktis untuk menyampaikan pesanan. Namun cara klasik ini memberi sebuah keunggulan yang tidak dimiliki media sekarang iaitu sifatnya yang lebih mudah dikenang dan mungkin dengan cara ini anda lebih sayang kepadanya.
Jikalau melihat teknik penulisan surat cinta, anda akan tersenyum setelah beberapa tahun kembali membacanya. Cara klasik seperti beginilah yang patut diamalkan kerana ia lebih membuahkan hasil percintaan yang hakiki berbanding menerusi emel dan SMS. Banyak pula Pakar Cinta berceloteh, jom lihat tips dan panduan menulis surat cinta yang menarik dan tertarik.
1.Kemasan dan isi kandungan surat
Pilihlah kertas yang berkualiti dan kalau boleh ada sedikit wangian di atas kertas tersebut agar ianya menampakkan lebih spesial dan menawan. Gunakan pilihan kata atau bait-bait penulisan yang mewakili ekspresi dan emosi perasaan anda. Contoh, ‘walau kita berjauhan di perantauan, ku kan sentiasa mengingatimu dan membawamu sebagai tulang rusukku yang hilang”.

2.Sentuhan Khas
Untuk sebuah surat cinta ,ianya adalah lebih berkesan jika tulisan anda itu tidak dapat ditonton dan dilihat di dalam kertas. Contohnya anda menulis dengan menggunakan lilin dan untuk melihat kandungan isi surat tersebut, anda perlu menggunakan highlight atau pen marker untuk melihatnya. Beri satu kelainan dalam surat anda. Anda mungkin juga menggunakan teka-teki untuk membuka persoalan isi kandungan surat anda atau sebagainya.

3.Makna Tersembunyi

Surat cinta anda adalah sebaiknya memiliki makna yang tersembunyi di mana hanya anda dan bakal pasangan anda sahaja mengetahuinya sehingga jika ada orang lain membaca pun tidak memahaminya. Perkara inilah yang akan membuatkan anda dan bakal pasangan hidup anda lebih terikat dan menghormati antara satu sama lain. Insyallah..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar