CINTA?
Satu perkataan yang mempunyai pelbagai tafsiran dalam diri setiap manusia.
Ada yang berkata ia bukanlah suatu pekara yang dapat dipaksa,
Dan ada juga yang yakin ia hanya muncul apabila kita mencarinya.
Namun ia adalah satu perkara yang luas,
Kerana tafsirannya mengikut HATI pentafsirnya..
Tafsiran CINTA..
Jikalau ditanya pencinta DUNIA,
Maka jawapannya berkisar harta, pangkat & dan sanjungan manusia..
Jikalau ditanya pencinta WANITA,
Maka jawapannya berkisar pula tentang kecantikkan wajah dan keayuan manusia..
Namun…
Apabila diteliti perjalanan hidup mereka..
Sang Pencinta DUNIA terus mengejar dunia seakan-akan itu hala tujuannya..
Di akhir perjalanan, ku lihat ia tetap papa kedana..
Kerana seakan-akan dunia mempermain-mainkannya..
Namun apakah sebenarnya cinta??
Sang Pencinta WANITA terus menerus pula mencari kepuasan..
Di akhir perjalanannya jua ku lihat dia merana..
Kerana segala kecantikan selama ini menjadi buruk pada pandangannya..
Jadi apakah itu CINTA?
Bukankah diciptanya CINTA oleh Allah untuk membahagiakan Sang hamba?
Jawapannya sememangnya YA..
Tetapi jika HATI itu didasari cinta kepada-Nya.
Dan segalanya yang lain dicintai juga kerana-Nya..
Maka disitulah kebahagian buat sang pencinta..
Di dalam ilmu tasawuf, CINTA, RINDU, & REDHA adalah perbahasan yang tertinggi didalamnya.
Tetapi yang perlu kita ketahui adalah cinta & rindu kepada Allah itu tidak akan diperolehi sepenuhnya oleh seorang hamba selagi mana hamba itu tidak berada di dalam maqam taubat,sabar dan zuhud.
Mana mungkin kita akan percaya jika seorang wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna (tanpa ada halangan daripada sesiapa) ataupun seorang lelaki yang buruk tingkah lakunya berkata sedemikian rupa:
“Walaupun aku seperti ini, kamu tak tahu yang hati aku ini bersih?
Kamu juga tak tahu yang aku ini cinta pada Allah.”
Wallahualam.. sesungguhnya Allah lebih mengetahui isi hatinya.
http://haqqulyaqiin.blogspot.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar