Allah SWT itu mencintai hamba-hambanya bersamaan dengan 70 kali kasih sejati seorang ibu.
Tetapi sebanyak manakah kasih sejati seorang ibu?
Seorang alim pernah berkata, kasih sejati seorang ibu itu ibarat sebuah kisah berkenaan seorang pemuda.
Suatu hari, pemuda tersebut terjumpa dengan buah hatinya.
Maka dia jatuh cinta yang teramat sangat kepada wanita tersebut, lalu tanpa berlenggah dia melamarnya.
Amat menyedihkan kerana wanita itu meletakkan syarat yang amat berat untuk pemuda tersebut.
“Bawakan kepala ibumu kepadaku.. nescaya akan ku khawinimu..”
Maka berlalu pergilah lelaki itu dan terus berfikir tentangnya.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memancung kepala ibunya..
Lalu dia belari dengan sebelah tangan memegang kepala ibunya yang masih berdarah..
Dan dibelakangnya kilat sabung-menyabung mengikutinya..
Tiba-tiba..
Dia terjatuh lalu tiba-tiba kepala itu bersuara..
“Wahai anakku, Sakitkah kamu?” Dalam wajah kerisauaan…
Itulah hakikat cinta sejati seorang ibu, yang tatkala dianayai anaknya pun, ia masih tetap menyayangi anaknya.
Tetapi cinta Allah itu 70 kali daripada itu bahkan mungkin lebih..
Wallahualam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar