Mencintai Allah itu WAJIB.
Namun bagaimana pekara yang tidak nampak ini (cinta) diwajibkan?
Imam Nawawi memberi satu perbandingan dalam hal ini.
Ia berkenaan dua golongan.
Golongan yang pertama ialah dia melakukan ibadat dan dengan ketaatan itu melahirkan cinta kepada Allah.
Manakala yang kedua, dia cinta kepada Allah dan dengan itu melahirkan ketaatan kapadaNya.
Jadi Cinta yang manakah yang lebih tinggi maqamnya??
Jawapannya adalah CINTA YANG MELAHIRKAN KETAATAN.
Kerana dengan mengenal Allah SWT dan mencintai sepenuh hatinya, maka dia tidak akan merasa sedikit terbeban pun untuk melakukan ketaatan.
Marilah bersama kita merenung hadis ini..
“Seseorang di antara kamu tidak akan masuk dalam perkiraan beriman sehingga (ia) menempatkan Allah & Rasul-Nya lebih dicintai berbanding mencintai selain Allah &; Rasul-Nya.”
(HR Bukhari & Muslim)
Dan dari FirmanNya:
“ Katakan, jika bapa-bapa, anak-anak, dan saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu cari, harta kekayaan yang kamu kuatirkan kemuflisannya & rumah kediaman yang kamu sukai lebih kamu cintai berbanding Allah dan Rasul-Nya dan daripada (cinta) berjihad di jalanNya, maka tunggulah hingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.”
Menurut Imam Nawawi, ayat ini berupa ancaman tahdid & penolakkan terhadap orang yang mendahulukan cinta selain daripada-Nya.
Marilah bersama belayar dalamnya sejenak..
Tatkala kita kaku kematian,
Ada yang Menghidupkan..
Tatkala kita kelaparan,
Ada yang mengenyangkan..
Tatkala kita kesunyian,
Ada DIA sebagai peneman..
Tatkala jatuh,
Masih ada yang Membangunkan..
Tidak sekelip mata pun Dia tiada,
Tidak ada di suatu tempat pun tiada DIA bersama..
Namun kenapa kita tidak mencintai-Nya..?
Suatu hari, jikalau kita ditakdirkan miskin papa kedana..
Berhari-hari kelaparan..
Tiada apa-apa pun untuk dijamah..
Dan perut ini seakan tidak lagi mampu menahannya..
Lalu ada seorang lelaki datang kepada kita, lalu dihulurkan RM50.
Semestinya kita akan ingat raut wajah orang yang menolong kita,
bahkan kita jatuh cinta dengan sikap baik hatinya..
Tidak akan kita lupa walaupun ia hanya pertolongan yang sedikit cuma..
Tetapi bagaimana pula seorang yang tidak mampu untuk mencintai Allah sedangkan segala nikmat yang langsung tidak terkira?
http://haqqulyaqiin.blogspot.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar