Bibir mengukir senyum,
Bahagianya terasa,
Di dalam hati..
Ketika “dia” pergi…
Meninggalkanku sendiri bersama cinta Ilahi..
“Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni)
bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan karena kebodohannya,
kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya),
sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.” [An-Nahl, 16:119]
Beberapa tahun
yang lalu.. sebelum aku mengenal tarbiyah pernuh kasih sayang dari Allah
ini.. Hidupku mungkin sama seperti yang lainnya.. terlalu banyak hal
yang mengotori diri.. dan itu adalah masa jahiliyahku.. masa jahiliyah
yang mungkin terulang kembali disaat aku down dalam mujahadah panjang ini…
Namun, Allah itu Maha Pengampun.. Ketika aku merasakan sedikit tersasar dari landasa
n mujahadah ini.. Aku segera kembali kepada Allah.. memohon ampun di atas kelalaian dan dosa2ku..
Dan Allah itu… Maha Mengetahui segala sesuatu di balik hatiku…
Sebenarnya…
Jahiliyah itu ibarat racun yang memakan diri..
Jika dulu, ketika
kita mengkaji sirah para Nabi.. kita dapat meng”list”kan jahiliyah di
zaman mereka.. kita nampak jahiliyah itu..
Tp skrg…
Apakah kita sedar
dan Nampak jahiliyah itu berada bersama-sama dengan kita??? Apakah kita
pernah mengkaji jahiliyah itu seperti mana kita mengkaji dan mengetahui
jahiliyah di zamannya para Nabi??
Tidak.
Kita
sekadar membiarkan saja perkataan Jahiliyah itu di dalam buku-buku
sirah agama.. sebagai tanda adanya zaman jahiliyah suatu ketika duhulu…
Itulah
fenomena yang berlaku.. hingga saat ini.. manusia2 di luar sana hanya
mengetahui.. jahiliyah itu adalah.. suatu zaman yang ada sebelum
kedatangan islam.
Sedangkan jahiliyah itu sedang hidup bersama2 mereka hingga saat ini di semua zaman…
Dan siang juga malam mereka bersama2 dengan jahiliyah itu..
Jahiliyah yg kita kenal adalah sebuah zaman yang teruk…
Teruk dari segi akhlaknya, hidupnya.. apatah lagi agamanya…
Dan itu… sedang tumbuh bak cendawan selepas hujan pada saat ini..
Pernahkah kita sedar?
~~bibir mengukir senyum.. namun air liur yang ditelan terasa amat2 pahit..
JAHILIYAH??
Apa yang dimaksudkan dengan jahiliyah? [di sini sy tidak sertakan skema jawapan di dalam buku teks. Ok!]
Jahiliyah itu sebenarnya adalah segala sesuatu yang tidak membawa manfaat kepada islam, itu adalah jahiliyah.
Anda setuju? [Jika tidak, boleh sertakan komen di bawah. Terima kasih.]
Sebenarnya sy nak share tentang beberapa perkara.. InsyaAllah.
Pernahkah antum (baca: anda) mendengar suatu nama?
Namanya berbunyi “SAYONARA JAHILIYAH”.
Pernahkah antum mendengarkannya? Di mana2?
Jika belum..
Insya Allah, sy akan cuba memperdengarkannya untuk antum.. :)
Sayonara Jahiliyah.. huh! Bunyinyer macam best je kan.. ringan je nak sebut.. macam cerita jepun la pulak..
Dalam kepala antum mungkin dah terbayang2 tangan orang melambai2 selamat tinggal..
Namun.. bukan semudah itu.. tak semudah lambaian tangan dan ucapan selamat tinggal..
Ia susah..! Perlu mujahadah! Penuh dengan linangan air mata!
Kenapa? Kerana…
Jahiliyah
itu adalah segala perkara2 yg kita suka.. tetapi Allah tidak
menyukainya.. Allah tidak meredhainya.. itulah Jahiliyah..
Siapa
yang senang untuk meninggalkan apa yg kita suka dan sayang? Siapa yg
tak sedih jika kehilangan sesuatu yang kita sayang? Semua orang sedih
kot! Bukan antum saja.. saya juga sedih untuk meninggalkan atau
kehilangan sesuatu yg sy syg..
Tp, itulah jahiliyah.. jahiliyah yang seharusnya kita tinggalkan dengan mujahadah yg sebenar2nya!
Hanya kerana takut kepada azab Allah..
Buat pengetahuan antum semua..
Jahiliyah itu sentiasa ada disekeliling kita.. dan mungkin sedang berada bersama2 di dalam hidup kita..
Jahiliyah itu bukan saja membunuh, mencuri bahkan berzina.. itu hanyalah penafsiran sempit tentang jahiliyah..
Sedangkan jahiliyah itu lebih halus dan luas dari itu..
“Masa lapang yang tidak digunakan untuk kerja2 islam juga adalah jahiliyah”…
Bertapa jahiliyah itu sering menghantui hidup kita..
Ia akan datang kembali ketika hati kita dibiarkan sunyi tanpa ayat2 cinta dari-Nya,
Ketika jasad kita menganggur tanpa melakukan amanah2 dari-Nya,
Ketika ruh kita terkulai lesu tanpa semangat untuk mencapai redha-Nya,
Ketika pekerjaan kita tidak ikhlas hanya untuk-Nya..
Dan bermacam2 rasa yang ada.. lalu membuatkan kita jauh dari-Nya..
Lalu syaitan pun terus menyusun rapi segala agendanya,
Membisikkan ke telinga kita.. memandu jasad kita..
Dan akhirnya kita tumpas di tangannya..
Jahiliyah pun menari2 kembali dihadapan kita..
Kita pun turut menyertai rentak2 tarian itu.. penuh gembira..
Akhirnya.. dosa2lah yang menjadi habuan dari jahiliyah yg kita lakukan….
Selalunya itulah yang terjadi… kita membiarkan jahiliyah terbeban dibahu kita..
Tidak melepaskan sepenuhnya.. membuang ia sepenuhnya..
Ibarat dua orang yg sedang mendaki gunung…
Manusia A membawa barang yang banyak tetapi tidak diperlukan.. dan manusia B membawa barang sekadar yg perlu..
Agak2nya yg mana lebih mudah untuk mendaki??
Manusia A ke manusia B??
Jika mengikut logik akal kita.. pastilah manusia B. sebab dia bawa barang yang perlu saja.
Itulah sebuah anologi dalam kehidupan ini..
Dalam
kita nak melalui hidup ini.. apabila kita sibuk kepada hal2 yg tidak
diperlukan untuk islam (baca: jahiliyah), maka hidup ini akan terasa
berat dan susah.. seperti manusia A yg naik gunung tu tadi la.. dia akan
terasa susah untuk mendaki, sebab banyak sangat barang yg tak perlu dia
bawa bersama.
Apabila kita membawa jahiliyah bersama2.. maka akan terasa susahlah..
Sungguh Jahiliyah itu menyusahkan!
Namun masih ada manusia2 yang menyenangi jahiliyah itu.. itulah fitrah kehidupan.
Di atas dunia ini hanya ada dua perkara yg berlawan hingga hari kiamat.
Iaitu,
HAQ dan BATIL.
Yang batil itu adalah jahiliyah.. dan yang haq itu adalah islam…
Jika antum ingin memilih yg haq, maka haruslah meninggalkan yang batil..
Kerana pilihan kita adalah SYURGA ataupun NERAKA. Satu saja diantaranya.
Setiap
mukmin tidak cukup sekadar untuk mengaku bahawa dia beriman dengan
Allah dan rasulNya saja, bahkan menjadi kewajipannya untuk membentuk diri dan kehidupannya dengan manhaj islam. Dia mestilah meninggalkan jahiliyah secara total. Ini adalah krn islam tidak menerima sebarang percampuran antara keduanya.
“Hai
orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan
janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu
musuh yang nyata bagimu.” [Al-Baqarah, 2:208]
Bagaimanakah untuk meninggalkan jahiliyah??
Bertaubatlah!
“Sesungguhnya
taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan
kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan
segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” [An-Nisa’, 4:17]
**syarat2 taubat:
- tinggalkan jahiliyah.
-menyesalkan akan dosa/jahiliyah yang dilakukan.
-berjanji tidak mengulangi dosa/jahiliyah tersebut.
Akhi wa ukhti fillah..
Masih belum
terlambat untuk kita memohon taubat dari Allah.. atas dosa/jahiliyah yg
kita lakukan samaada dalam keadaan sedar mahupun tidak..
Dan
di jalan yang panjang dan lama ini… kita sering terlupa… kita sering
mengambilkan ringan akan jahiliyah2 kecil yang ada.. namun pada
hakikatnya.. jahiliyah itulah yang sebenarnya melambatkan dakwah kita..
menyusahkan kita untuk terus melaju menggerakkan bahtera dakwah ini..
Jangan biarkan hati kita kotor dengan karat2 jahiliyah tanpa cepat2 membersihkannya..
Krn karat2 jahiliyah itu akan merapuhkan besi yang pada awalnya kukuh dan kuat menjadi hancur berlubang2…
Kembalilah kepada Allah..
Krn pada Allah-lah tempat kita memohon taufik dan hidayah…
Selamat tinggal cintaku.. [ cinta kepada dunia yang melelahkan! ]
Wuallahu’alam…
Princess Mos, 27791
Tidak ada komentar:
Posting Komentar