" C I N T A t a k k a n h a d i r s e b e l u m P E R C A Y A ."
Serahkan Hatimu..
Saya
berjeda sebentar memikirkan ayat pendek itu. Betapa benar kata-kata
ini. Cinta takkan hadir sebelum percaya. Sebagaimana cinta Allah takkan
hadir sebelum percaya pada-Nya. Sebagaimana cinta kepada Rasulullah
takkan hadir sebelum benar-benar mengimani kebenarannya. Sebagaimana
cinta antara suami-isteri juga takkan hadir tanpa percaya mendahului
rasa cinta. Betapa benar! Namun di balik semua kata-kata indah itu ada
suatu perkara yang membuat hati saya gulana. Berdebar hati saya
memikirkan betapa cinta dan percaya takkan pernah mungkir kepada
sesamanya.
Cinta
dan percaya seorang mutarabbi kepada murobbinya bukanlah suatu yang
dipaksa, malah ia adalah rasa semulajadi yang hadir setelah suatu
proses. Teringat kata-kata seorang akh ketika bertazkirah beberapa hari
lepas, "kadang kita sebagai anak usrah ni tak perlu tunggu murobbi
justify dengan reasons dulu untuk buat sesuatu yang dimintanya. Sebab
boleh jadi jika kita tak percaya kepadanya, kita melambatkan gerak kerja
dakwah," demikian tutur al akh itu dengan hati-hati. Serentak, serasa
suatu renjatan elektrik mengalir deras ke jantung saya. Betapa banyak
reasons yang pernah saya pinta, dan kadangkala betapa banyak saya
sendiri perlu memberi kepada sang mutarabbi!
Semuanya Atas Dasar Percaya
Antara
kita dan murobbi merupakan suatu hubungan atas dasar percaya. Suatu
hubungan yang akan membenihkan cinta. Kerana apa? Kerana Murobbi adalah
pemimpin, yang memulakan pimpinannya sedari unit-unit terkecil dalam
binaan Islam- unit usrah. Di dalamnya kita berkenal-kenal,
bermanja-manja, saling bersusah-senang, saling marah dan sayang, dan
macam-macam lagilah. Di dalamnya kita mengenal murobbi sebagai bonda,
yang menumpahkan perhatiannya dari atma paling dasar di hatinya.
Mendidik, menyantuni, membentuk dan segala macam perbuatan yang
menyenangkan hati. Tetapi jangan kita lupakan, seorang murobbi juga
bertanggungjawab menegur, membetulkan, mengingatkan, dan apa saja yang
jika tidak disertai rasa percaya kita sebagai mutarobbi, pasti akan
membenihkan kehancuran ukhuwah. bayangkan betapa besar luka yang diukir
apabila murobbi membuat teguran kepada sang mutarobbi yang tak bersedia
menyerahkan hatinya.
Percayalah,
semuanya atas dasar percaya. Murobbi membina diri mutarobbinya atas
dasar percayakan bahawa sang mutarobbi telah menyerahkan hati untuk
dibentuk. Mutarobbi pula menerima asuhan atas dasar mempercayai sang
murobbi sebagai pendidik hati. Parah sekali apabila sang murobbi dan
mutarobbinya saling sama kehilangan rasa percaya ini. Apalah erti
menghadiri halaqah bertahun-tahun namun hatinya tidak langsung tertaut
pada jambangan kepercayaan ini? Alangkah membazirnya usia kita, bila
kita hadir ke halaqah-halaqah usrah sekadar untuk melepaskan rasa
tanggungjawab semata.
Saudara teman dakwahku yang kucintai,
Ayuh
kita semak semula, berapa banyakkah kita jumpa, ziarah atau paling
tidakpun telefon atau sms murobbi kita sepanjang tempoh di luar usrah,
berkenaan perkara-perkara selain hal usrah? Berapa banyakkah usaha kita
menceriakan dan menguatkan ikatan hati sesama ahli usrah sepanjang kita
berada dalam usrah selama ini? Dan sejauh manakah terbukanya hati
kita untuk mencari, menelefon, menziarah, mabit, makan, masak, etc
dengan sang murobbi? Mungkinkah sebenarnya kita membiarkan hati untuk
mulai hilang percaya terhadap sang murobbi sedikit demi sedikit?
Kadangkala
ia bermula dengan fikiran "ah, dia tentu sibuk untuk menjawab
panggilanku", sedangkan tika itu mungkin sebenarnya ingatan sang murobbi
sedang sibuk mengingatmu sambil menuliskan rencana halaqah untuk
usrahmu. Seterusnya mungkin ia diteruskan dengan rasa"alahai, murobbi
aku ni bukan peduli pun pada aku," sedangkan mungkin ketika itu sang
murobbi sedang bicara dengan sahabatmu perihal kamu, tentang betapa
gusarnya hati memikirkan hak tarbiyahmu.. Mungkin ada ketika kamu telah
berfikir "ah, dia tu tak ada hak nak menilai aku." Namun tahukah kamu
jika sang murobbi tidak diberikan hak untuk menilai kamu, lalu apalah
gunanya tarbiyah? Bagaimana hendak kamu tahu sejauh mana tarbiyah telah
memimpin kamu bila mana usrah dan baramij tarbawi semuanya dibuat
sekadar mengisi masa dengan aktiviti, malah tak lebih dari itu... Jika
sekadar ingin mengisi masa, apalah perlunya usrah? Mengapa payah
mengalirkan sangkaan baik untuk dia yang mendidikmu?
Akan Kembali..
Bagi
saya, adalah menjadi suatu perkara yang amat disyukuri apabila hati
kita disentuh Allah untuk memberi kepercayaan kepada sang murobbi
mendidik, menegur, menilai dan membina hati kita. Walau mungkin murobbi
yang dikurniakan Allah untukmu bukanlah segah seorang ustaz atau
sheikh, namun percayalah bahawa murobbi ialah suatu kurnia. Mencintai
kurnia Allah yang ini memerlukan kamu untuk memulakannya dengan
PERCAYA! Kerana jika kau gagal mencintainya, percayalah bahawa kau akan
gagal dicintai mutarobbimu sendiri.
Sumber : Teacher Sofi
Johor
Johor
Tidak ada komentar:
Posting Komentar